Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Thursday, July 26, 2007

Suratan atau Kebetulan ???

Salam,

Erm, kebetulan? Sesuatu yang dirancang? Sesuatu yang tidak diusahakan dengan sengaja? Ia datang dan pergi tanpa kita sedari. Sebenarnya, banyak kebetulan yang berlaku ke atas diri kita adalah peluang yang tidak seharusnya kita terlepas pandang. Jika diimbas kembali, sepanjang hidup kita tentunya ada kebetulan yang berlaku yang membawa manfaat kepada diri kita, begitu juga disebaliknya. Lazimnya kebetulan yang berlaku adalah di luar keupayaan kita sebagai manusia...namun kita masih boleh mencipta kebetulan yang baik, kebetulan yang bermanfaat...insyaAllah. Segala tindakan yang kita lakukan atau hendak lakukan perlulah tindakan yang betul supaya boleh mencipta suatu kebetulan yang bermanfaat dan positif dalam kehidupan kita. Nasib yang baik boleh diciptakan,"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu golongan kalau mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri." (Qur'an, 13: 11.)

Juga yang penting, apa yang kita react kepada apa jua yang berlaku akan memberi impak. Jika kita bertindak balas secara positif terhadap sesuatu, insyaAllah positif jualah balasannya...begitu juga sebaliknya.


Erm, actually i'm speechless today... kenapa ye Fini? Hanya empunya diri sahaja yang faham...orang lain tak mampu nak faham... Suratan atau Kebetulan ??? Biarkan berlalu atau cuba buat sesuatu? Erm, tak nak let go, tapi tak nak juga grab...



No comments: